XPDC
Album • 2013
Satu hari aku berjumpa Cik mek molek jual bunga Senyuman manis menarik hati Gugur bagaikan jantung ini Siapa hati tak tertawan Manis umpama bulan Lain hari aku kembali Ingin beli bunga lagi Namun kini hanya yang ada Tinggal dua nisan saja Lesu aku menggeletar Rakus jiwa ku terbenam Engkaulah emas engkau permata Aku cuma macam ni saja Aku mahu bertemankan hidup Dengan hati ikhlas mulia Jangan melihatkan gaya Nanti kita 'kan berdamai Ukuran baju badan sendiri Kita tepuk dada ini Jika dah nasib kita jodoh Gunung tak lari ke mana Apa nak kisah mahu hidup Asal hati ikhlas mulia Kalau dah memang jadi mungkin Apa lagi nak dikata Di kata... aaa... aaa... Lain hari aku kembali Ingin beli bunga lagi Namun kini hanya yang ada Tinggal dua nisan saja Lesu aku menggeletar Rakus jiwa ku terbenam Engkaulah emas engkau permata Aku cuma macam ni saja Aku mahu bertemankan hidup Dengan hati ikhlas mulia Jangan melihatkan gaya Nanti kita 'kan berdamai Ukuran baju badan sendiri Kita tepuk dada ini Jika dah nasib kita jodoh Gunung tak lari ke mana Apa nak kisah mahu hidup Asal hati ikhlas mulia Kalau dah memang jadi mungkin Apa lagi nak dikata Ukuran baju badan sendiri Kita tepuk dada ini Jika dah nasib kita jodoh Gunung tak lari ke mana Apa nak kisah mahu hidup Asal hati ikhlas mulia Kalau dah memang jadi mungkin Apa lagi nak dikata
Submitted by Infernal Flame — Apr 26, 2025
Lenaku dibuai bayangan seribu bintang Kasih tertumpah dibingkai awan Demi kemilau sang mentari yang tak bisa mengerti Biar ku titipkan keperihan pelayaran Hingga terdaya ku melafazkan Salju sebening kasihku kepada mu oh kekasih Ingin ku buktikan keyakinan dalam diri Ku punya jiwa nan suci Untuk ku miliki Sepenuhnya nirwanaku Oh... pedihnya terpanah arjunamu Terbelenggu aku di dalam menunggu Bergelora rintihan asmaramu Di pelantar rindu yang menghempas Namun kerana tulusmu Masih mampu aku berdiri Demi naluri yang sama Kita masih di sini Oh... pedihnya terpanah arjunamu Terbelenggu aku di dalam menunggu Bergelora rintihan asmaramu Di pelantar rindu yang menghempas Namun kerana tulusmu Masih mampu aku berdiri Demi naluri yang sama Kita masih di sini Ingin ku buktikan keyakinan dalam diri Ku punya jiwa nan suci Untuk ku miliki Sepenuhnya nirwanaku Demi kasih dan cintaku aku masih di sini
Submitted by MetalElf — Apr 26, 2025
Nak apa lagi Kalau dah terluka Nak apa lagi Kalau dah musnah semua Begitulah dunia aman damai Tanpa sengketa Begitulah nasib suka duka Ada hikmahnya Oh bukankah sabar itu Separuh dari iman Aku tetap aku Walau dicampak ke lautan duka Ntahnye ntahtidak Tutur kau penuh riak Tak sedar diri untung nasib Kau pun terpijak Begitulah hidup manusia Buta hatinya Menilai sesuatu tanpa akal Ikut nafsunya Di sana terjawab semua Yang benar tetap benar Amalannya Bukankah kita saudara Tiada apa bezanya Kita sama Indahnya oh alam maya Burung berkicau riang Pohon menghijau Apa yang nak dikesalkan Gagal bukan penghalang Buat pedoman Buat pedoman Ntahnye ntahtidak Tutur kau penuh riak Tak sedar diri untung nasib Kau pun terpijak Begitulah hidup manusia Buta hatinya Menilai sesuatu Tanpa akal ikut nafsunya Ikut nafsunya Di sana terjawab semua Yang benar tetap benar Amalannya Bukankah kita saudara Tiada apa bezanya Kita sama Indahnya oh alam maya Burung berkicau riang Pohon menghijau Apa yang nak dikesalkan Gagal bukan penghalang Buat pedoman (Buat pedoman)
Submitted by Lake of Tears — Apr 26, 2025
Terlalu hitam Untuk ku lemparkan silam Makin mencengkam Sebati sampai ke tulang ini Di dalam ada rintih Di dalam makin sadis Terdengar tak upaya Meronta tiada makna Aku yang hilang Mahkota insan Silaunya silam Tiada sempadan Nipis kalbuku Keinsanan hampir lebur Alpa memburu Di segenap detik waktu Sarat bebanan Pandangan semakin kelam Kiri dan kanan Bagaikan sinis memandang Sengsara ku berzaman Merintih tak tertahan Bawalah daku pulang Mencuci dosa silam Aku yang tertipu Menghirup seteru Meronta jasadku Mengharap yang satu Aku yang hilang Mahkota insan Silaunya silam Tiada sempadan Aku yang hilang
Submitted by NecroLord — Apr 26, 2025
Rambut samalah hitam Bila di pandang Hati belum lah tentu sama warna nya Didalam tiada gambaran Di dalam penuh dugaan Walau apa telahan ada batasnya Biarlah berpada kita amalkan Hati perlulah di jaga Rukunnya sepanjang masa Perlulah bergandingan sepanjang zaman Apa yang akan datang tetap bertahan Biar pun susah bertamu Akulah rakan taulan mu Tak perlu mendabik dada mu yang sempit Tunduk bak padi semakin berisi Merendah tiada rugi Dunia pun senang hati Larilah ke depan mengejar impian Hitam yang semalam jadikan sempadan Kitakan orang harapan Tak lekang hulurkan salam Rasopariso dalam hati Rasopariso tiada henti
Submitted by Sexy Gargoyle — Apr 26, 2025
Siapa bilang aku takut? Siapa bilang aku hanyut? Walau tinggi mana pun aku tetap aku Walau kecil mana pun aku tetap berani Pesan mama, pesan papa Usah lupa awal mula diriku Siapa bilang aku semput? Siapa bilang aku kalut? Walau sukar mana pun aku tetap aku Walau getir mana pun aku tetap di sini Aku pun tahu engkau bagai dedalu Yang selalu lupakan diri Kau lupakan bumi Dia pun tahu engkau memang penakut Lempar batu sembunyi tangan Kau kaki pengecut Pengecut Aku pun tahu engkau bagai dedalu Yang selalu lupakan diri Kau lupakan bumi Dia pun tahu engkau memang penakut Lempar batu sembunyi tangan Kau kaki pengecut Siapa bilang aku semput? Siapa bilang aku kalut? Walau sukar mana pun aku tetap aku Walau getir mana pun aku tetap di sini
Submitted by BloodShrine — Apr 26, 2025
Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung Biar kaya budi dan adat Pasti kita akan disanjung Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Berkawan biar beribu Berkasih biarlah satu Pantun lama Masih segar di ingatanku Pantunmu nyata palsu Bagai syair tanpa lagu Yang tinggal hanyalah pilu Tanam padi, tumbuh lalang Musnahlah satu impian Jodoh Tuhan tentukan Jadikan pengajaran Oh, kenangan Apa lagi nak dikenang? Biarkan hilang Datang dan pergi Hilang berganti belum pasti Sampai bila esok lusa Ingin aku lupakan semua Oh, kenangan, kenangan silam Bagai semangat yang hilang Sampai bila esok lusa Yang lepas usah dikenang Oh, kenangan, kenangan silam Selamat tinggal, oh, kenangan Apa lagi nak dikenang? Biarkan hilang Datang dan pergi Hilang berganti belum pasti Sampai bila esok lusa Ingin aku lupakan semua Oh, kenangan, kenangan silam Bagai semangat yang hilang Sampai bila esok lusa Yang lepas usah dikenang Oh, kenangan, kenangan silam Selamat tinggal, oh, kenangan Masih segar di ingatanku Pantunmu nyata palsu Bagai syair tanpa lagu Yang tinggal hanyalah pilu Tanam padi, tumbuh lalang Musnahlah satu impian Jodoh Tuhan tentukan Jadikan pengajaran Oh, kenangan Oh, kenangan Oh, kenangan Oh, kenangan Oh, kenangan Oh, kenangan
Submitted by Corpse Grinder — Apr 26, 2025
Di alam cinta Rindu mengejar masa Pilukan terasa Menikam-nikam jiwa Di dalam cinta Cemburu kan bertakhta Menguji-guji kita Menguji segala Kini aku terapung Bagai lelayang Bertalikan rindu Kurun berpuluh Janji dulu dilafaz Masih lekat tersimpan Didalam rongganya nafas Untuk ditelan senang Engkau dan aku Dibuai asyik merindu Dan kini dipertemu Pada janji mu dulu Engkau dan aku Singgah di taman kalbu Nikmati keharuman Dilaman keasyikan Corus Engkaulah kasih Engkau cahaya Engkaulah saja Engkau segala Tiada antara Tiada angkara Tiada derhaka Engkau meruntun jiwa Saling mempercaya Bunuh sangsi prasangka Gengam kasih kita Hingga ke garisnya Cinta dan rindu Jika dipupus ia Kita hilang syahdu Bermurung merana Cinta punya sakti Terapi untuk diri Doa jadi teman Akan tenang nafasan
Submitted by Lake of Tears — Apr 26, 2025
Tidak engkau seorang, juang hingga titisan Rempuh tak berharapan Nanti aku disana, diufuk pemikiran Lalu menghayatinya Di dalam kubur manapun jasad aku ditanam Aku, akulah jua Kita laksanakan, mati hati yang damai Disana kejujuran Semarak impian, segunung harap dipulang Usah diragukan keupayaan sendiri Hati yang membara mengikutkan kata apa Jawapannya disini, semangat kita hilang Semangat yang hilang, oh Kita cari pulang Semarak impian, segunung harap dipulang Usah diragukan keupayaan sendiri Hati yang membara mengikutkan kata apa Jawapannya disini, semangat kita hilang Malu bertanya kawan Sesat cari jalan pulang Biar ia berkesan Dilubuk hati terpedam Di dalam kubur manapun jasad aku ditanam Aku, akulah jua Kita laksanakan, mati hati yang damai Disana kejujuran Semarak impian, segunung harap dipulang Usah diragukan keupayaan diri Hati yang membara mengikutkan kata apa Jawapannya disini, semangat kita hilang Semangat yang hilang, oh Kita cari pulang Semarak impian, segunung harap dipulang Usah diragukan keupayaan diri Hati yang membara mengikutkan kata apa Jawapannya disini, semangat kita hilang Malu bertanya kawan Sesat cari jalan pulang Biar ia berkesan Dilubuk hati terpedam
Submitted by Finntroll — Apr 26, 2025
Yang berlalu biar pergi Usah kenang lagi Patah tumbuh kan berganti Hitam putih kehidupan itu menyakitkan Biar pahit telan jua Hitam putih perjalanan itu Oh kenangan. Inginku mencapai bintang Itulah harapan Menerangi kegelapan Walau banyak rintangan dugaan Kan ku genggam Tak peduli tak ku gentar Walau banyak halangan dugaan Kan ku genggam. Cahaya terpancar sinaran Rasanya dimana Pastinya di cinta ini Pastinya di jiwa ini Dunia gelap jadi terang Selama-lamanya Pastinya di cinta ini Pastinya di jiwa ini Cahaya terpancar sinaran Rasanya dimana Pastinya di cinta ini Pastinya di jiwa ini Dunia gelap jadi terang Selama-lamanya Pastinya di cinta ini Pastinya di jiwa ini Yang berlalu biar pergi Usah kenang lagi Patah tumbuh kan berganti Hitam putih kehidupan itu menyakitkan Biar pahit telan jua Hitam putih perjalanan itu Oh kenangan... Kenangan... Kenangan... Oh. Oh... Oh...
Submitted by Immortal — Apr 26, 2025
← Go back to XPDC